MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR TUAN KETUA SEKTOR, SPS, JPNT

Tanggal 27 Oktober 2009, merupakan hari yang cukup istimewa buat semua ahli mesyuarat terutama pegawai dari pengurusan sektor sekolah kerana kesempatan ini bersamaan dengan hari lahir Tuan Ketua Sektor,SPS...YM Tengku Anuar Tengku Dalam pada usia 57 tahun. Sambutan mengejut diadakan di Dewan Bentong, Hotel Grand Continental, Kuantan, Pahang dengan acara yang ringkas tetapi penuh bermakna buat semua hadirin. Dimulakan dengan ucapan dari Tuan KS, SPS, kemudiannya upacara memotong kek dan penyampaian hadiah. Semoga Tuan KS,SPS beroleh kesihatan yang berpanjangan dan kerahmatan dari Yang Maha Esa.