KEMPEN KESEDARAN KESELAMATAN ELEKTRIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2009

Sektor Pengelola : Tenaga Nasional Berhad dan SPS,JPNT
Tarikh : 11 Julai 2009
Tempat : IPG Kuala Terengganu Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
Bilangan Peserta / Ahli : 250 orang guru sekolah menengah dan rendah daerah Kuala Terengganu
Tujuan :
1. Memberi input berkaitan keselamatan elektrik
2. Modul berkaitan teknik keselamatan elektrik di sekolah/kediaman
Pengisian :
1. Pembentangan modul
2. Pameran mini
3. Majlis perasmian oleh KS 2P, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pn. Hjh. Rabiah bt. Hj. Sapian

PERSIDANGAN PROFESIONALISME PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH TERENGGANU KALI KETIGA 2009


Tema : Memperkasakan Pengurusan Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan

Anjuran : Unit Penyeliaan Menengah, SPS, JPNT
Pengelola : Majlis Pemuafakatan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Terengganu (MPPK)
Tarikh : 7 - 9 Julai 2009
Tempat : Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
Peserta : Semua Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah-sekolah Menengah Negeri Terengganu

Objektif :
1. Memberi pendedahan kepada PK Pentadbiran mengenai aspek pengurusan kurikulum.
2. Berkongsi dengan pengetua-pengetua sekolah menengah di negeri Terengganu mengenai kejayaan menguruskan kurikulum sekolah.
3. Mendedahkan PK Pentadbiran mengenai pengalaman pengurusan dan pentadbiran.
4. Mengadakan benchmarking dan perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan berkaitan kecemerlangan sekolah khususnya projek kecemerlangan akademik dan aspek pembangunan kemanusiaan, guru dan fizikal sekolah.
5. Memperkasakan Pengurusan Sekolah ke arah Kecemerlangan Pendidikan.

Pengisian :
1. Ceramah - Pengurusan sekolah, pengurusan kewangan, Menjana Kecemerlangan Sekolah
2. Lawatan benchmarking - sekolah-sekolah di Kelantan
3. Mesyuarat agong MPPK
4. Pembentangan

Laporan
Persidangan ini merupakan acara tahunan MPPK di mana ianya satu platform semua PK Pentadbiran untuk meningkatkan ilmu pengurusan dan berkongsi idea melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang.