Hari Guru 2009

Alhamdulillah setiap Mei kita menyambut Hari Guru. Tahun ni ada perkhabaran gembira sikit kerana perayaan peringkat kebangsaan di lakukan di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Motto sambutannya ialah " Guru Pembina Negara Bangsa". Kadang-kadang kita kena fikirkan apakah kita telah laksanakan segala amanah profesion kita dengan jayanya, sekiranya belum .......bila lagi. Setiap dari kita ada tugas....Kecepatan dan ketepatan tanda orang berjaya. Berlengah atau terburu-buru tanda orang gagal dan rugi. Di hadapan kita ada ruang dan peluang tanpa batasan. Ruang dan peluang ini perlu dirancang melalui practical wisdom, intellectual honesty dan profesional commitment.